BBM3410 : Prof ku Hipster!

Assalamualaikum dan Hye semuaa...

Tugasan kali ne macam comel je.. hehehe

Sebab tak pernah lagi Prof bagi tugasan suruh pos dalam Facebook.. lagi 2 minggu nak habis kuliah Prof dah bagi kejutan 😂 Prof kalau nak bagi tugasan, memang suka secara mengejut.. nasib la saya tiada "heart attack" 😂 Prof ne memang kelakar. Dengan kasutnya yang hipster memang lagi nampak comel.. tapi bukan kasut je tau, Gaya Prof pun nampak ala-ala hispter giteww💃 a.k.a model Korea 😍😎 (Puji ikhlas ne Prof )

Serius Prof ne lain daripada yang lain tau.. aura hebat Prof ne dapat dirasa sebabnya dari zero to hero, dapat juga saya dan rakan-rakan yang lain siapkan semua tugasan video. Jika sebelum ne, saya tak pernah tulis scene video, dalam kelas Prof saya dah ada pengalaman tu. Begitu juga dengan edit video, menyanyi, berlakon, dan buat kalendar 2019 guna Adobe Photoshop pun saya dah boleh buat.

Alhamdulillah... Sungguh pengalaman yang paling berharga bagi saya...

Terima kasih sangat-sangat Prof. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila. Kerna pengalaman sebegini cukup bermanfaat buat saya pada masa akan datang. Insya Allah 😇


Jadi, ne tugasan yang Prof minta, saya dah tunaikan.. Berapa pun markah yang diberi saya REDHA 😊

Sayang Prof 💕






BBM3410 : VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum... hye semuaa


kali ne nak kongsikan tentang video tanpa wajah pula. video tanpa wajah ne dibuat tanpa wajah pelakon. video tanpa wajah ne berbeza dengan video one shot tadi. video tanpa wajah ne ada jalan cerita mengikut lagu yang dipilih. video tanpa wajah jalan ceritanya mestilah tidak tergantung dan ada pengajaran atau nilai. untuik membuat video tanpa wajah ne, prof hanya suruh kami fokus kepada salah satu anggota badan iaitu kaki, tangan, kasut, guni dan sebagainya.

Dengan itu, kumpulan kami telah membuat video tanpa wajah dengan seperti di bawah;

kumpulan kami telah memilih lagu Juara-KRU. Video tanpa wajah yang kami buat mempunyai nilai kesukanan atau cerita tentang aktiviti sukan. video tanpa wajah bagi tema lagu ne kami fokus kepada tangan sahaja.

BBM3410 : VIDEO ONE SHOT

Assalamualaikum dan hye semuaa

kali ne saya nak kongsikan tentang pengalaman saya sepanjang buat video one shot.  bagi saya video one shot ne adalah video yang paling mudah untuk dibuat. sebabnya, semua kena menari. jadi saya tak rasa malu untuk tunjukkan bakat yang terpendam selama ne. hahaha

ohh yaa, tahu tak apa tu video one shot?

video one shot ne ada tiga iaitu one shot one layer, one shot two layer dan one shot three layer. video one shot merupakan video yang dirakam di satu tempat sahaja iaitu kamera tetap pada kedudukan yang sama.

video one shot one layer
- video yang ada satu layer sahaja.
- dalam video tu penyanyi kena ada mimik (gerakan bibir tanpa suara)
- semua kena menari dan menyanyi
- contohnya, video shinta Gila (Rakaman kumpulan kami)

video one shot two layer
- video ada 2 layer
- ada dua situasi
- bahagian belakang tidak boleh ada yang bergerak nanti dikira layer
- kamera kedudukan yang sama
- contohnya, video lagu Terima kasih cikgu.

video one shot three layer
- merangkumi video one layer dan two layer
- situasi yang lebih daripada 2 layer
- ada situasi lain berlaku dibelakang tanpa dirancang
- kamera juga kedudukan yang sama
- contohnya, video wajah-jacklyn Victor

Ketiga-tiga video one shot tu saya dan ahli kumpulan yang lain berjaya hasilkan dengan baik.

BBM3410 : PAPAN CERITA

Assalamualaikum.. hye semua..


Pos kali ini saya nak kongsikan tentang papan cerita. papan cerita ne maksudnya e-majalah.. pada kuliah yang lepas, prof meminta kami untuk membuat e-majalah.. haa,, tengok! memang padu wei subjek ne.. sebelum ne tak pernah buat e-majalah dan tak reti langsung buat e-majalah. saya dan ahli kumpulan yang lain berbincang untuk membuat e-majalah dengan berbagi tugas bagi menyempurnakan e-majalah dengan cepat. untuk membuat e-majalah tu, prof ada bagi lima helai kertas A4 dan untuk menyiapkan e-majalah tu ada 10 halaman ada maklumat yang berkaitan dengan produk kami.

E-majalah ne mesti ada;

-muka depan
-gambar dan maklumat produk
-penutup

jadi kami pun buat e-majalah dengan memasukkan elemen penting seperti di bawah;

muka depan - ada tajuk : mawar produksi dan gambar produk botol air

muka surat seterusnya / isi - koleksi botol air dan harga serta kelebihan produk

penutup - ada koleksi botol air terbaru, alamat jualan botol air promosi.


pengalaman saya sepanjang buat e-majalah pula memang menyeronokkan. sebabnya e-majalah ne kena ada produk sendiri. kumpulan kami memilih untuk membuat produk botol air. masa tu semua fokus melukis pelbagai jenis botol air dengan memberi kebaikan produk kami dengan meletakkan harga diskaun yang murah-murah..

hasil e-majalah kami memang menarik dan lucu juga.. hehehe.. boleh dikatakan ahli kumpulan saya semua kreatif dan pandai melukis rupanya.. chewahh!


BBM3410 : ASAS GRAFIK

Assalamualaikum.. hye semuaa..

lama rasanya tak pos blog nee.. sunyi je kan,,, hehe. maklumlah minggu sebelum ne dan minggu ne memang sibuk dengan kelas, tugasan dan minggu ne baru je habis minggu Viva ( Pembentangan PITA).. Jadi kali ini, saya nak kongsi sedikit tentang asas grafik..

ingat lagi waktu mula-mula hadir kelas multimedia ne, Prof kongsikan ilmunya tentang asas grafik.. Apa yang saya faham asas grafik ne ada lima asas yang perlu pelajar tahu iaitu;

1. Mudah
2. Seimbang
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

Kelima-lima asas grafik tersebut dapat dihurai seperti dibawah;

MUDAH
Asas grafik bagi mudah merupakan asas yang paling mudah untuk dikenal pasti dan difahami maksudnya dalam gambar. sebagai contoh, gambar yang merujuk kepada pemandangan sebuah rumah berada di tepi laut.

SEIMBANG
selain itu, asas grafik bagi seimbang merupakan asas yang memperlihatkan gambar tersebut seimbang dari segi fizikal manusia atau benda yang berada pada tengah-tengah gambar serta sekitar gambar tersebut iaitu atas, tbawah, tepi kanan dan kiri seimbang saiznya. sebagai contoh, gambar manusia dan benda berada di tengah-tengah gambar dan atas bawah, kiri dan kanan bersaiz 1-3cm.

KESESUAIAN
seterusnya, kesesuaian. kesesuaian dalam asas grafik ini bermaksud gambar tersebut sesuai dengan tema atau situasi yang ada dalam gambar. sebagai contoh, gambar seorang nelayan berada di atas kapal laut.

WARNA
disamping itu, warna. warna dalam asas grafik merupakan asas yang paling penting kerana warna mempengaruhi gambar. warna yang sesuai dengan gambar dapat menarik minat orang untuk melihat gambar tersebut. sebagai contoh, bunga mawar atau bunga ros berwarna merah lebih cantik dan menarik.

TEKS
akhir sekali bagi asas grafik ialah teks. Teks juga penting dalam asas grafik bagi memberi maklumat tentang tema gambar dan saiz teks juga mempengaruhi gambar. sebagai contoh teks yang berbentuk slogan dengan gambar yang berkaitan dengan slogan.

itu sahaja daripada saya.. Terima kasih membaca.

BBM3410/18 : Sungai Tekala

Assalamualaikum dan hye semuaa...

Kali ne, saya ingat nak sambung cerita tentang pos saya yang lepas tentang Masjid Putrajaya.. Pada hari tu, dalam perancangan hanya ambil gambar tugasan  di masjid Putrajaya dan jalan-jalan di sekitar masjid tu. Tapi dah alang-alang sewa kereta 12 jam, terus merancang nak pergi mandi sungai Tekala di Semenyih,Selangor.

Masa tu, saya rasa sayalah orang yang paling teruja dapat jalan-jalan di luar UPM 😂 maklumlah asyik terperap jak dalam bilik siapkan tugasan.. sekali sekala kenalah ambil angin di luar 😍Alhamdulillah.. perasaan saya masa tu dapat mandi air sungai memang gembira sangat-sangat.. Dapat jugalah saya lepaskan rindu saya nak mandi sungai dan pulau-pulau di Semporna tu. 😇

Mandi sungai ne memang seronok sangat. Lepas Mandi sungai lebih kurang sejam berendam tu rasa sejuk sangat. Menggigil satu badan😂 tapi rasa nikmat jugalah. Pernafasan pun dah lancar.. Mungkin sebab ada Cuba berendam dan tahan nafas untuk beberapa minit sebanyak 3x kan.. lepas buat tu, rasa lancar jak nak bernafas.

Jadi, saya nak kongsi beberapa gambar kebahagiaan saya di sana pada teman-teman blog ne ye.. siapa-siapa ada keinginan atau perancangan nak Mandi sungai, jangan lupa ajak saya tau? Nanti rezeki lebih saya plak yang ajak awak datang Semporna Sabah. Kita mandi Pulau yang cantik-cantik 😍🌸💕 ok👌


Sumber : Alamaya Dot Info

Sumber : GoWhere Malaysia






Ok. Tu jak gambar yang dapat saya kongsikan.. Terima kasih sudi jenguk blog saya 💕

BBM3410/18 : Twitter

Assalamualaikum dan Hye semua...

Kali ne saya nak cerita sedikit tentang akaun Twitter.. Apa tu Twitter? Ada yang langsung tak pernah dengar ke? Ke pernah dengar tapi tak pernah terdetik hati nak install? Hehe

Apa yang saya tahu, Twitter ne merupakan salah satu media sosial seperti Facebook, instagram dan lainnya.. kebanyakan yang guna Twitter tu artis-artis terkenal tak kira artis Malaysia ke ataupun luar negara. Bagi saya aplikasi Twitter ne jurang komunikasinya agak tertutup sedikit. Berbeza dengan Facebook atau Instagram dan lainnya.

Saya ne boleh dikatakan bukanlah baru pertama kali guna Twitter ne. Sebelum ne saya pernah install dan guna sehari jak terus uninstall.. 😂 sebabnya tak selesa dengan ruangan pos atau status Twitter 😅. Tapi sekarang saya wajib install balik demi tugasan dari Prof. Tugasan Twitter ne hanya perlu Tweet sekali dalam seminggu dan Retweet. Lepas tu, screenshot gambar sebagai bukti.

Akaun Twitter saya,
 follow jangan tak follow🤗








Ok, tu adalah bukti saya Retweet dan Retweet with comment. 🤗


Terima kasih singgah jenguk blog saya🌸



BBM3410/18 : Proses buat Kalender

Assalamualaikum.. Hye semuaa...

Minggu ne awak semuaa buat apa?
Sibuk tak?

Kalau saya jangan tanya laa.. semester akhir ne memang sibuk sangatlah. Bukan juga sebab subjek ne, tapi semester ne saya ambil jam kredit yang banyak jugalah berbanding kawan-kawan yang lain.. tapi apa-apa tugasan yang dibagi kena #Redha 😇

Baiklah.. kembali pada tajuk utama pos Kali ne, saya nak bagitahu kuliah pada minggu ne #Tiada... Yeayyhh😂

Tapi macam biasalah, tugasan wajib ada seperti biasa.. hehe.. baru ingat nak tarik nafas dulu kan tapi tak jadi.. hahaha.. sabar jak lah.. Minggu ne Prof bagi tugasan yang lebih menarik tapi agak kalut jugalah.. sebabnya hari ini banyak tugasan yang kena siapkan.. tapi tak apa, tugasan kali ini lebih menarik sebab saya kena rakam video yang ada diri Saya sendiri untuk tunjuk proses membuat kalender 2019.. sepanjang kelas Amali sebelum ne, saya telah buat kalender bulan Januari hingga bulan Ogos. Dan sekarang saya nak tunjukkan proses membuat kalender bulan September..

Video dibawah ne adalah proses membuat kalender bulan September yang cukup mudah hanya dengan menggunakan Adobe Photoshop jak..

Sebelum mainkan video tu, pastikan awak-awak semuaa tutup mata 2 saat, sebabnya saya malu🙈  hahaha

Ok



Tutup 👀 dulu ya...



Saya kira


1...


2...


Ok. Buka 👀




Tarik nafas dulu... Hembuss 💨



Ok.. boleh tekan sekarang



Ok tak? Maaflah kalau ada tersilap kata dan ada dialek Sabah.. hehe. Memang susahlah nak cakap bahasa melayu standard penuh secara lisan.. 

Ok.. selamat membaca dan menonton.. Terima kasih 😊




BBM3410/18 : Tenangnya di Masjid Putrajaya

Assalamualaikum dan Hye semuaa...

Hari ne saya nak cerita sedikit tentang pengalaman ke Masjid Putrajaya.. sebenarnya tujuan ke sana adalah untuk buat tugasan Bahasa Arab bersama empat orang sahabat seperjuangan yang ambil Bahasa Arab peringkat 2 semester akhir ne.. tapi tanpa dirancang, empat orang sahabat yang tak ambil subjek tu mau ikut sekali.. Jadi, kami bercadang untuk sewa kereta ke sana.. alhamdulillah, kami dapat sewa kereta Alza dan dipandu oleh sahabat saya Hawa Ifa Muslimah namanya (Bukan nama sebenar) hehehe

Perjalanan dari Fakulti ke Masjid Putrajaya mengambil masa lebih kurang satu jam jugalah (lama sebab tak tahu jalan) hehe.. Masa tu memang kami pusing-pusing jak di kawasan Putrajaya sebabbya nak cari jalan ke masjid Putrajaya.. tak jumpa-jumpa.. Dah nak dekat sejam barulah kami dapat hidayah 😂 (Petunjuk)

Sampai di sana, wah😍 cantiknya Masjid Putrajaya.. sebenarnya saya terlalu excited tengok masjid tu bukan sebab pertama kali jejak kaki ke sana, tapi sebab rasa tenang jak tengok masjid tu.. lebih-lebih lagi waktu pagi.. memang jelas lah warna merah jambu masjid tu.. sebelum ne pernah pergi waktu malam jak.. 👀 huhu

Ok, Lepas tu saya dan kawan-kawan masuk ke dalam masjid terus bergambar... Masa tu ramai sangat warga asing masuk dalam masjid untuk bergambar.. baru mereka tahu tempat yang paling cantik di Malaysia ne adalah Masjid 😍😇 Masya'Allah

Akhirnya, kami mengambil gambar dan berjalan-jalan sekitar masjid sehingga puas.. ok nak tengok tak gambar-gambar kami gadis melayu ne.. hehe






Haaa... Macam mana? Cantikkan? Eh jap.. mana satu cantik? Saya ke awakk? 😂😂 (Gurau)  rasanya kalau tak gurau pun dua-dua tak cantik.. sebabnya yang paling cantik di tempat tu adalah M.A.S.J.I.D 😍😇

Ok, tu jak yang dapat saya kongsikan..panjang cerita sebenarnya ne, tapi saya rasa cukup sampai di sini.. nantikan sambungan cerita saya pada minggu hadapan.. Jumpa lagi😘

Terima kasih sudi
baca... 🌸 

BBM3410/18 : Sukanyaa😍 Prof "Like" dan "Comment"

Assalamualaikum dan hye semuaa..

Kali ne saya nak kongsikan pula hari bahagia saya... Hehe, bahagia la sangat Kan? Yelah.. memang la bahagia bila apa yang kita suka dan nantikan ada depan mata👀... 😍💕

Sebenarnya saya nak kongsikan perasaan saya bila dapat "Like" dan "Comment" daripada Prof.. huhh! Rasa macam dapat "autograf" daripada artis terkenal je tau!

Siapa tak kenal Prof kan? Prof Dr Normaliza ne memang glemer la dalam kalangan pelajar-pelajar UPM.. Tapi saya rasa Prof ne glemer juga di luar negara tu.. mana tak glemer kalau Prof saya ne hebat orangnya kan.. belajar sampai ke luar negara.. Fuhyoo, di Korea lagi tu.. patutlah Prof ne putih dan comel-comel macam kulit korea.. mata pun sepet.. memang 👍👍👍 lah Prof!

Baiklah, sambung cerita... Sebelum ne saya ada cerita kan tentang tugasan yang perlu dibuat di Instagram, Twitter dan blog ne.. Dan salah satu pos yang selalu dapat perhatian Prof di Instagram. Alhamdulillah sepanjang tugasan kuliah yang perlu di pos di Instagram dapat "Like" daripada Prof dan satu pos dapat "Like" dan juga "Comment". Jadi, saya nak kongsikan sedikit bukti Prof bagi "Like" dan "Comment" tu...

Ne dia... Tadaaaa





Alhamdulillah... Terima kasih Prof sudi "Like" dan "comment" tugasan saya😍 sayangg Prof💕 Apa yang buat saya terharu dan lebih bersemangat tu Prof komen hastag saya #ProfHebatNakHebatMacamProf
Prof pun komen "Jom kita hebat sama"
Masya'Allah Prof, serius saya cukup gembira, terharu dan bersemangat selepas baca komen Prof tu.. 🌸

Saya harap Prof tolong doakan saya hebat macam Prof dan menjadi pelajar yang Berjaya yang bukan jak di dunia tetapi juga akhirat... Insya Allah.. Aamiin

Apapun saya nak ucapkan,
Terima kasih Prof...
Terima kasih semua...
Sudi jenguk blog saya dan baca pos-pos saya.. dan sudi mendoakan saya.. Sayang kamu💕

BBM3410/18 : Nak Hebat macam Prof N!

Assalamualaikum dan hye semuaa...

Apa khabar minggu ne? Sihat tak?
Moga sihat semua dan sentiasa ceria yaa💕

Baiklah, sekarang bersama saya dengan cerita yang lebih menarik pada minggu ne... Bagi saya minggu ne memang minggu yang lain daripada yang lain sebabnya.... Prof Dr Normaliza masuk TV AlHijrah 😍 yeayhh!
Dan ne adalah tugasan yang perlu saya buat minggu ne hanya menonton secara siaran langsung Prof kesayangan saya di kaca telefon (tiada tv) 😅 AlHijrah pada hari Isnin 5 November jam 8.30pagi. Topik yang dibincangkan ialah tentang "Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian antara Kaum Melalui Alam Siber."  Topik tu dibincangkan oleh Prof bersama dua orang pengacara tv AlHijrah iaitu Asyraf Muslim dan Irma Hasmie..

Sukanyaa dapat tengok c diaa 😍 hehehe🤭

Tapi...

Tugasan ne bukan sekadar menonton suka-suka jak ye, saya perlu ambil gambar Prof cantik-cantik dan comel-comel tau.. Lepas tu kena pos macam biasa di Instagram.. Dan letak hastag #MartabatBahasaMelayuUPM
#PengharmonianAntaraKaum
#ProfDrN
#BBM3410
#TvAlHijrah
#Pendapat

Pendapat saya "Prof Hebat" 💕🤭

Ok, nak tengok tak gambar Prof di kaca telefon? Hehe

Saya ne bab ambik gambar jangan cakaplah, boleh dikatakan saya ne professional jugalah.. kikiki (Puji diri sendiri) 😅 Nantikan gambar Prof yahh

Tapi... memang comel la Prof ne.. Muka Prof di dalam kelas, di luar kelas mahupun di kaca telefon sama jak.. ehh memang pun.. Tak kan bertukar jadi Dato Siti Nurhaliza plak kan? 😂

Maksud saya Prof nampak awet muda 🌸 comel dan cantik lagi 💕 Saya puji ikhlas tau Prof 😘 saya kalau memuji tak nak apa-apa balasan pun, cukup Prof belanja saya Cokelat Bueno jak.. 😋🤭 Opss 😂

Maaf Prof, saya cuma nak "Hebat" macam prof, "berilmu" macam Prof, "Berani" macam Prof, "Awet Muda" macam Prof dan serupa macam Prof la kalau boleh😂 (Gurau)

Ok.. dahh.. sekarang tiba masanya saya nak kongsikan gambar comel Prof...






Jap eh..... Loading







Tadaaaa...






Macam cantik je, macam comel je... Prof ne kan kan? 💕 tengoklah siapa yang ambil gambar Prof.. hehehe

Baiklah.. ne jak yang dapat saya kongsikan.. Akhir kata, salah satu kata yang menarik yang Prof kongsikan dalam mengupas topik ne ialah "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul".☝️

Moga kita dapat bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan kaum yang lain dengan pertututan yang baik dan sopan tidak Kira melalui lisan mahupun tulisan di Alam Siber ne..🌸

Ok, ne sahaja dari saya, terima kasih sudi singgah ke blog saya.. Selamat membaca🌸

BBM3410/18 : My Cute Calender 2019

Assalamualaikum dan Hye semuaa..

Kali ne, saya nak cerita tentang Kalender 2019 yang saya buat sendiri menggunakan Adobe Photoshop.. Dalam proses menyiapkan kalender ne kena banyakkan bersabarlah kata Prof.. hehe

Tugasan ne la salah satu pengalaman yang tak pernah lagi saya buat.. Alhamdulillah dalam subjek Multimedia yang di ajar oleh Prof Dr.Normaliza Abd Rahim ne, dapatlah saya menambah pengalaman baru..

Sepanjang minggu kuliah yang ke 6 pada mulanya kelas tutorial buat kalender kalau saya tak silap, sehinggalah ke minggu cuti midsem ne dapatlah saya buat kalender 2019 mula daripada bulan Januari sehingga Disember.. Alhamdulillah, proses membuat kalender masa cuti ne dipermudahkan.. semenjak saya dah mula teroka Adobe Photoshop masa cuti ne.. hehe

Jadi, inilah hasilnya.. Tadaaa

Bulan Februari
Bulan kelahiran Mak Tersayang saya


Dalam banyak-banyak kalender, bulan tu jak dapat saya kongsikan..
Terima kasih sudi singgah dan tengok kalender saya💕

BBM3410/18 : Say 'OK'

Assalamualaikum dan Hye semua...

Cerita Kali ne saya cuma nak cakap 'OK' 👌
sebabnya Prof kata kalau cukup 80 orang muatnaik gambar tangan di Instagram tanda setuju, kuliah hari Isnin ne akan ditukar kepada kuliah online... Apa lagi, group WhatsApp da mula huru hara laa.. 😂 semua pakat upload secepat mungkin gambar tangan masing-masing.. Apa yang saya tengok, macam-macam gaya tangan tanda 'Ok' yang kawan-kawan dah upload.. 😂 tak kisah dah di mana tempat yang cantik ambik gambar tangan tu, janji nampak tangan laa.. Ada yang ambik gambar tangan dari atas menghala matahari, memang panas terik laa.. siapa la tu? 🤔 (Tak mengaku diri sendiri pula😂) alaa.. kebetulan di luar nak jalan Kan. Hehe

Say 'Ok' 🤭

Akhir cerita, kuliah hari isnin ne dibatalkan dan ditukar kepada kuliah Online.. seronok laa semua.. dapat sambung cuti lagi. Sebabnya hari selasa pun cuti juga sempena Hari Deepavali.. Yeayhh (Jangan nak seronok sangatlah,tugasan sedang melambai-lambai) 😅

Ok, sekian jak daripada saya. Terima kasih sudi membaca💕

BBM3410/18 : Kisah Cuti Midsem

Assalamualaikum... Hye semuaa..

Al-kisahnya, cuti midsem selama seminggu ne adalah cuti yang sangat menyedihkan dan menggembirakan bagi saya.. Ehh.. mana satu perasaan saya ne ahh? Hahaha

Saya rasa sedih sebabnya saya tak dapat balik kampung... Tiket penerbangan mahal nak merentasi Sempadan Borneo tu.. Lainlah kalau ada yang belanja kan? Hehe.. Takpa, bukan rezeki balik midsem ne.. Pada kawan-kawan yang dapat balik tu hargai masa cuti kamu bersama keluarga tersayang.. sub sub (Nangis kunun) 😂

Saya rasa gembira pula sebabnya saya dapat bergambar sepuas-puasnya di sekitar UPM ne.. Al-maklumlah kan.. sekarang dah semester akhir, lagi dua bulan duduk sini, banyak lagi tempat-tempat cantik dan menarik di UPM ne saya belum pergi lagi.. Hee (Pujuk hati tak dapat balik Kampung) 😂

Jadi, kisah cuti midsem yang sangat menarik ialah Prof bagi tugasan yang cukup mudah dan menyeronokkan.. 🌸 Prof kata dalam masa seminggu ne kena pos 10 gambar yang berkaitan dengan masa cuti dan muatnaik dalam Instagram seperti biasa.. Hastag juga macam biasa hanya tambah #Kampungku

Haaa, dalam hati dengar jak #Kampungku makin sayu hati 😢.. sebabnya sekarang #Kampungku di UPM tanpa keluarga tersayang.. Hm, takpa. Demi tugasan Prof kan ku terokai bumi hijau di UPM ne😍💕

Tapi sebelum terlupa, Prof juga ada ingatkan, setiap minggu kena update 3 pos dalam blog, 1 tweet dalam Tweeter dan Instagram macam biasa juga 3 pos dalam seminggu tak termasuk cuti midsem ne.. Ne apa yang saya faham laa.. sebabnya cuti midsem ne Prof dah bagi tugasan 10 gambar kena di muatnaik beserta hastag Kampungku..

Ok. Tu jak kisah cuti midsem yang dapat dikongsikan.. Maaf kalau tak menarik.. Tak menarik di media sosial takpa, asalkan menarik di hati awak🤭 cia cia cia 😂

Terima kasih sudi membaca🌸

BBM3410//18 : Sakit Kifarah Dosa

Assalamualaikum dan Hye semuaa...

Hari ne saya kurang sihatlah.. demam selesema.. Nasib hari cuti.. alhamdulillah.. Allah memang tahu tahap kemampuan hambanya kan? saya ne kalau sakit tak terdaya nak bangun.. lagi-lagi jauh dari keluarga, terutamanya mak.. cuti ne ramai kawan-kawan dah balik kampung halaman masing-masing.. makin la rasa sebak.. huhu.. sabar jak laa kan..

Nak tahu kenapa saya tak balik kampung?

Kampung saya kan di Semporna, Sabah.. Jauh bah tu.. hehehe

Tak apalah.. saya kena kuatkan semangat.. lagi dua bulan saya duduk UPM ne.. Perjuangan masih belum selesai lagi.. sebab PITA masih belum dibentangkan lagi.. tugasan masih belum disiapkan lagi.. dan peperiksaan akhir masih menanti lagi.. Jadi, lagi-lagi saya tak berapa sihat ne..

Doa saya "Moga saya diberikan kesembuhan dan diberi semangat serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan di sini"..

Di saat saya berdoa, Allah menggerakkan dan membuka hati saya untuk membaca Al-Quran.. Alhamdulillah.. selepas membaca surah-surah tersebut, saya rasa tenang..

Surah Al-An'am ayat 17

Allah yang beri saya sakit dan Allah jualah yang menyembuhkan..
Alhamdulillah

Surah Al-Baqarah ayat 155-156

Surah yang menuntut hambanya bersabar menghadapi pelbagai ujian..
Salah satunya musibah seperti "SAKIT"

Apa tu Kifarah?

Seperti yang kita semua tahu, Kifarah tu adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya yang datang dalam pelbagai bentuk atau ujian.. Maka dengan itu, harus bersabar..
(Tengah didik hati ne supaya bersabar) hehe.. 

Semoga kesabaran dalam menghadapi ujian (sakit) menjadi kifarah yang bermanfaat buat diri saya dan menjadi tarbiah diri supaya tidak lalai dalam melaksanakan suruhan Allah..

Insya Allah, sedikit perkongsian buat diri dan semua...
Semoga bermanfaat.. Terima kasih setia membaca

BBM3410/18 : Memory at Bali Indonesia

Assalamualaikum.. Hye teman-teman

Kali ini saya nak kongsi sedikit cerita tentang kenangan sepanjang saya berada di Bali Indonesia...
Sepanjang saya belajar di UPM, Serdang ne, ne la kali pertama saya pergi jauh.. Di luar negara lagi tu.. mungkin bagi yang pernah pergi Bali atau mana-mana luar daripada Malaysia ne rasa macam biasa, tapi bagi saya luar biasa. hehe.. Nak dipendek cerita, saya pergi Bali Indonesia ne bersama En Qadry selaku pensyarah yang mengajar subjek Bakti Siswa pada tahun 2016 bersama rakan-rakan yang lain daripada fakulti dan kos yang berbeza. Program Bakti Siswa tu merupakan kelas Kokurikulum berkredit yang wajib saya ambil pada semester tiga pada masa tu. Saya bersama yang lain ke sana selama tiga hari dua malam iaitu bermula 3 Disember sehingga 5 Disember 2016. Haa. lama dah kan? ne nak mengimbas kembali kenangan lama.. Belek-belek album minggu ne keluar pula dah kenangan dua tahun lepas.. Ok tu jak dapat saya ceritaa..

Sekarang,, Saya nak kongsikan beberapa gambar yang mengusik jiwa..cehh.. hehe
Jom tengok gambar-gambar dibawah ne.. Saya tak nak cerita panjang lebar.. Biar gambar yang berbicara...


Logo Lawatan kami ke sana

Selamat sampai ke tanah Bali, Indonesia



Fokus melihat persembahan budaya mereka


Tempat makan yang sedapp

Lawatan sambil belajar dah selesai..
Masa untuk bergambar di Universiti Udayana pulaa..Yeayhh
Selepas Meditasi jiwa jadi tenang.. hehe

Bersama sahabat seperjuangan


Tempat penginapan yang selesa selama 3 hari 2 malam..


Pantai apa tah.. lupaa..heee
cantikk kann?

Rindu keluarga masa ne.. tu jauh termenungg. hehe

Bersama staf pusat Koko







Bakti Siswa dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UPM

Masa untuk pulang ke Malaysia

Inilah kenangan yang tidak dapat saya lupakan meskipun dah berlalu.. Semoga perkongsian kenangan saya di blog menjadi ingatan di hari-hari mendatang.. Apapun, terima kasih sudi tengok!