BBM3410 : Prof ku Hipster!

Assalamualaikum dan Hye semuaa...

Tugasan kali ne macam comel je.. hehehe

Sebab tak pernah lagi Prof bagi tugasan suruh pos dalam Facebook.. lagi 2 minggu nak habis kuliah Prof dah bagi kejutan 😂 Prof kalau nak bagi tugasan, memang suka secara mengejut.. nasib la saya tiada "heart attack" 😂 Prof ne memang kelakar. Dengan kasutnya yang hipster memang lagi nampak comel.. tapi bukan kasut je tau, Gaya Prof pun nampak ala-ala hispter giteww💃 a.k.a model Korea 😍😎 (Puji ikhlas ne Prof )

Serius Prof ne lain daripada yang lain tau.. aura hebat Prof ne dapat dirasa sebabnya dari zero to hero, dapat juga saya dan rakan-rakan yang lain siapkan semua tugasan video. Jika sebelum ne, saya tak pernah tulis scene video, dalam kelas Prof saya dah ada pengalaman tu. Begitu juga dengan edit video, menyanyi, berlakon, dan buat kalendar 2019 guna Adobe Photoshop pun saya dah boleh buat.

Alhamdulillah... Sungguh pengalaman yang paling berharga bagi saya...

Terima kasih sangat-sangat Prof. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila. Kerna pengalaman sebegini cukup bermanfaat buat saya pada masa akan datang. Insya Allah 😇


Jadi, ne tugasan yang Prof minta, saya dah tunaikan.. Berapa pun markah yang diberi saya REDHA 😊

Sayang Prof 💕






BBM3410 : VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum... hye semuaa


kali ne nak kongsikan tentang video tanpa wajah pula. video tanpa wajah ne dibuat tanpa wajah pelakon. video tanpa wajah ne berbeza dengan video one shot tadi. video tanpa wajah ne ada jalan cerita mengikut lagu yang dipilih. video tanpa wajah jalan ceritanya mestilah tidak tergantung dan ada pengajaran atau nilai. untuik membuat video tanpa wajah ne, prof hanya suruh kami fokus kepada salah satu anggota badan iaitu kaki, tangan, kasut, guni dan sebagainya.

Dengan itu, kumpulan kami telah membuat video tanpa wajah dengan seperti di bawah;

kumpulan kami telah memilih lagu Juara-KRU. Video tanpa wajah yang kami buat mempunyai nilai kesukanan atau cerita tentang aktiviti sukan. video tanpa wajah bagi tema lagu ne kami fokus kepada tangan sahaja.

BBM3410 : VIDEO ONE SHOT

Assalamualaikum dan hye semuaa

kali ne saya nak kongsikan tentang pengalaman saya sepanjang buat video one shot.  bagi saya video one shot ne adalah video yang paling mudah untuk dibuat. sebabnya, semua kena menari. jadi saya tak rasa malu untuk tunjukkan bakat yang terpendam selama ne. hahaha

ohh yaa, tahu tak apa tu video one shot?

video one shot ne ada tiga iaitu one shot one layer, one shot two layer dan one shot three layer. video one shot merupakan video yang dirakam di satu tempat sahaja iaitu kamera tetap pada kedudukan yang sama.

video one shot one layer
- video yang ada satu layer sahaja.
- dalam video tu penyanyi kena ada mimik (gerakan bibir tanpa suara)
- semua kena menari dan menyanyi
- contohnya, video shinta Gila (Rakaman kumpulan kami)

video one shot two layer
- video ada 2 layer
- ada dua situasi
- bahagian belakang tidak boleh ada yang bergerak nanti dikira layer
- kamera kedudukan yang sama
- contohnya, video lagu Terima kasih cikgu.

video one shot three layer
- merangkumi video one layer dan two layer
- situasi yang lebih daripada 2 layer
- ada situasi lain berlaku dibelakang tanpa dirancang
- kamera juga kedudukan yang sama
- contohnya, video wajah-jacklyn Victor

Ketiga-tiga video one shot tu saya dan ahli kumpulan yang lain berjaya hasilkan dengan baik.

BBM3410 : PAPAN CERITA

Assalamualaikum.. hye semua..


Pos kali ini saya nak kongsikan tentang papan cerita. papan cerita ne maksudnya e-majalah.. pada kuliah yang lepas, prof meminta kami untuk membuat e-majalah.. haa,, tengok! memang padu wei subjek ne.. sebelum ne tak pernah buat e-majalah dan tak reti langsung buat e-majalah. saya dan ahli kumpulan yang lain berbincang untuk membuat e-majalah dengan berbagi tugas bagi menyempurnakan e-majalah dengan cepat. untuk membuat e-majalah tu, prof ada bagi lima helai kertas A4 dan untuk menyiapkan e-majalah tu ada 10 halaman ada maklumat yang berkaitan dengan produk kami.

E-majalah ne mesti ada;

-muka depan
-gambar dan maklumat produk
-penutup

jadi kami pun buat e-majalah dengan memasukkan elemen penting seperti di bawah;

muka depan - ada tajuk : mawar produksi dan gambar produk botol air

muka surat seterusnya / isi - koleksi botol air dan harga serta kelebihan produk

penutup - ada koleksi botol air terbaru, alamat jualan botol air promosi.


pengalaman saya sepanjang buat e-majalah pula memang menyeronokkan. sebabnya e-majalah ne kena ada produk sendiri. kumpulan kami memilih untuk membuat produk botol air. masa tu semua fokus melukis pelbagai jenis botol air dengan memberi kebaikan produk kami dengan meletakkan harga diskaun yang murah-murah..

hasil e-majalah kami memang menarik dan lucu juga.. hehehe.. boleh dikatakan ahli kumpulan saya semua kreatif dan pandai melukis rupanya.. chewahh!


BBM3410 : ASAS GRAFIK

Assalamualaikum.. hye semuaa..

lama rasanya tak pos blog nee.. sunyi je kan,,, hehe. maklumlah minggu sebelum ne dan minggu ne memang sibuk dengan kelas, tugasan dan minggu ne baru je habis minggu Viva ( Pembentangan PITA).. Jadi kali ini, saya nak kongsi sedikit tentang asas grafik..

ingat lagi waktu mula-mula hadir kelas multimedia ne, Prof kongsikan ilmunya tentang asas grafik.. Apa yang saya faham asas grafik ne ada lima asas yang perlu pelajar tahu iaitu;

1. Mudah
2. Seimbang
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

Kelima-lima asas grafik tersebut dapat dihurai seperti dibawah;

MUDAH
Asas grafik bagi mudah merupakan asas yang paling mudah untuk dikenal pasti dan difahami maksudnya dalam gambar. sebagai contoh, gambar yang merujuk kepada pemandangan sebuah rumah berada di tepi laut.

SEIMBANG
selain itu, asas grafik bagi seimbang merupakan asas yang memperlihatkan gambar tersebut seimbang dari segi fizikal manusia atau benda yang berada pada tengah-tengah gambar serta sekitar gambar tersebut iaitu atas, tbawah, tepi kanan dan kiri seimbang saiznya. sebagai contoh, gambar manusia dan benda berada di tengah-tengah gambar dan atas bawah, kiri dan kanan bersaiz 1-3cm.

KESESUAIAN
seterusnya, kesesuaian. kesesuaian dalam asas grafik ini bermaksud gambar tersebut sesuai dengan tema atau situasi yang ada dalam gambar. sebagai contoh, gambar seorang nelayan berada di atas kapal laut.

WARNA
disamping itu, warna. warna dalam asas grafik merupakan asas yang paling penting kerana warna mempengaruhi gambar. warna yang sesuai dengan gambar dapat menarik minat orang untuk melihat gambar tersebut. sebagai contoh, bunga mawar atau bunga ros berwarna merah lebih cantik dan menarik.

TEKS
akhir sekali bagi asas grafik ialah teks. Teks juga penting dalam asas grafik bagi memberi maklumat tentang tema gambar dan saiz teks juga mempengaruhi gambar. sebagai contoh teks yang berbentuk slogan dengan gambar yang berkaitan dengan slogan.

itu sahaja daripada saya.. Terima kasih membaca.

BBM3410/18 : Sungai Tekala

Assalamualaikum dan hye semuaa...

Kali ne, saya ingat nak sambung cerita tentang pos saya yang lepas tentang Masjid Putrajaya.. Pada hari tu, dalam perancangan hanya ambil gambar tugasan  di masjid Putrajaya dan jalan-jalan di sekitar masjid tu. Tapi dah alang-alang sewa kereta 12 jam, terus merancang nak pergi mandi sungai Tekala di Semenyih,Selangor.

Masa tu, saya rasa sayalah orang yang paling teruja dapat jalan-jalan di luar UPM 😂 maklumlah asyik terperap jak dalam bilik siapkan tugasan.. sekali sekala kenalah ambil angin di luar 😍Alhamdulillah.. perasaan saya masa tu dapat mandi air sungai memang gembira sangat-sangat.. Dapat jugalah saya lepaskan rindu saya nak mandi sungai dan pulau-pulau di Semporna tu. 😇

Mandi sungai ne memang seronok sangat. Lepas Mandi sungai lebih kurang sejam berendam tu rasa sejuk sangat. Menggigil satu badan😂 tapi rasa nikmat jugalah. Pernafasan pun dah lancar.. Mungkin sebab ada Cuba berendam dan tahan nafas untuk beberapa minit sebanyak 3x kan.. lepas buat tu, rasa lancar jak nak bernafas.

Jadi, saya nak kongsi beberapa gambar kebahagiaan saya di sana pada teman-teman blog ne ye.. siapa-siapa ada keinginan atau perancangan nak Mandi sungai, jangan lupa ajak saya tau? Nanti rezeki lebih saya plak yang ajak awak datang Semporna Sabah. Kita mandi Pulau yang cantik-cantik 😍🌸💕 ok👌


Sumber : Alamaya Dot Info

Sumber : GoWhere Malaysia






Ok. Tu jak gambar yang dapat saya kongsikan.. Terima kasih sudi jenguk blog saya 💕

BBM3410/18 : Twitter

Assalamualaikum dan Hye semua...

Kali ne saya nak cerita sedikit tentang akaun Twitter.. Apa tu Twitter? Ada yang langsung tak pernah dengar ke? Ke pernah dengar tapi tak pernah terdetik hati nak install? Hehe

Apa yang saya tahu, Twitter ne merupakan salah satu media sosial seperti Facebook, instagram dan lainnya.. kebanyakan yang guna Twitter tu artis-artis terkenal tak kira artis Malaysia ke ataupun luar negara. Bagi saya aplikasi Twitter ne jurang komunikasinya agak tertutup sedikit. Berbeza dengan Facebook atau Instagram dan lainnya.

Saya ne boleh dikatakan bukanlah baru pertama kali guna Twitter ne. Sebelum ne saya pernah install dan guna sehari jak terus uninstall.. 😂 sebabnya tak selesa dengan ruangan pos atau status Twitter 😅. Tapi sekarang saya wajib install balik demi tugasan dari Prof. Tugasan Twitter ne hanya perlu Tweet sekali dalam seminggu dan Retweet. Lepas tu, screenshot gambar sebagai bukti.

Akaun Twitter saya,
 follow jangan tak follow🤗








Ok, tu adalah bukti saya Retweet dan Retweet with comment. 🤗


Terima kasih singgah jenguk blog saya🌸