BBM3410/18 : SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum... hyee

Bertemu lagi kita dalam minggu ne iaitu pos yang lebih menarik lagi.. eh apa yang menarik sangat tu?
kuliah minggu ne Prof bagi kami tugasan yang lebih seronok.. Rasa seronok tu hanya mampu digambarkan macam budak-budak dapat duit raya jak.. haha

Maksudnya tugas yang dibagi ne tak la susah sangat pun... hanya cari 10 simpulan bahasa beserta gambar. Gambar tu mestilah daripada setiap ahli dalam kumpulan kami. sebelum tu prof mengingatkan kami supaya 10 simpulan bahasa yang dipilih tu tidak sama dengan kumpulan lain.. Setelah sepakat dengan ahli kumpulan, kami pun pilih simpulan bahasa dibawah ne;

- wang pendahuluan
- celik huruf
- buruk makan
- ulat buku
- puteri lilin
- tahi lalat
- ketawa raja
- suri hati
- pencuci mulut
- bengkok sabut

selesai sesi mengambil gambar aksi lakonan simpulan bahasa tu, gambar tu perlu diletakkan dalam slide pembentangan untuk dibentangkan pada minggu hadapan..


Tu diaaa... salah satu gambar proses yang menarik untuk dikongsikan... hehehe

No comments: