BBM3410/18 : RINDUNYA KUIH CEMPIANG

Assalamualaikum... Hyee semua... apa khabar? moga sihat-sihat belaka yee...

Tajuk cerita saya pada kali ini adalah tentang kuih kegemaran saya.. Nama kuih tu kuih cempiang... Haaa.. dengar macam pelik kan? hehe.. nama kuih macam ne memang tiada di semenanjung ne. sebabnya kuih ne asalnya daripada Sabah. kalau kamu semua nak tahu, kuih ne wajib ada untuk sarapan pagi saya di rumah. Lagipun kuih cempiang ne merupakan salah satu kuih jualan kami sekeluarga pada waktu pagi di depan rumah. kuih ne memang sedap dan ramai orang-orang Sabah yang suka makan.. kuih ne sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang. Tapi saya makan kuih ne tak kira masa taw.. hahaha xD ... Dah namanya makanan kegemaran kan? memang tak pernah jemu la.. hehe

Baik.. mesti kamu tertanya-tanya kan? macam mana rupa bentuk kuih cempiang dan bagaimana cara buat kuih cempiang? Hehe.. Nak tahu resepinya? Lihat di bawah...



Bahan bahan
Tepung
Garam
Gula
Yis (Pengembang kuih)
Minyak
Air

Bahan Inti:
kicap lemak manis atau kicap masin
serbuk kayu manis atau rempah kari

(Semua bahan bergantung pada sukatan sendiri)





Cara menyediakan dan memasak:

  1. mula-mula campur kesemua adunan dan gaul sehingga adunan menjadi doh dan boleh dibentuk.
  2. Kemudian ambil doh dan ratakan.. selepas itu, campurkan bahan inti dan ratakan guna sudu seperti dalam gambar.
  3. Setelah ratakan, gulung doh tersebut dan potong adunan mengikut saiz kegemaran anda dan gorengla seperti biasa.....


Hasilnya.. tadaaaaaa.....




kalau guna kicap cair macam ne la hasilnya 



Ne plak guna kicap pekat


baik.. tu sahaja cerita yang dapat saya kongsikan. Walaupun tak dapat buat betul-betul dalam alam yang nyata ne, alam maya pun jadilah. hehe.. yang penting terlepas la juga keinginan saya nak makan kuih kegemaran saya ne melalui perkongsian resepi yang tak seberapa ne.. 

Gambar di atas tu sebagai contoh ye.. tu saya ambil daripada blog resepi cempiang.. ok... jumpa lagi pada pos saya akan datang. Nak rasa kuih cempiang saya buat sendiri, boleh DM saya ye.. Semoga bermanfaat..




No comments: