BBM3410/18 : TUGASAN ATAS TALIAN

Assalamualaikum.. Hai! coretan kali ini adalah pada minggu keempat iaitu kuliah hari isnin pukul 10-12 tengahari  pada tarikh 1 oktober 2018 prof telah memberi tugasan individu di Putrablast. Tugasan tersebut perlu disiapkan dan dihantar melalui email prof pada pukul 2 hingga 3 petang sahaja. Semua pelajar yang mengambil subjek multimedia ini diminta untuk menjawab 2 soalan berikut;

1. Berikan tentang persepsi anda tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM (minima 100 patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)

2. Pilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.


Berdasarkan soalan tersebut, saya telah merujuk buku BOOM untuk mendapatkan maklumat pemahaman yang berkaitan dengan soalan. Kedua-dua soalan tersebut saya telah siapkan dengan baik dan saya pun telah hantar ke email Prof tepat pada masa yang telah ditetapkan. Namun, selepas saya menghantar jawapan ke email prof, saya telah mendapat maklum balas macam ne;


Pada waktu itu, saya sempat berfikir, mungkin ini adalah maklum balas daripada prof selepas berjaya menghantar tugasan. Namun apa yang saya fikirkan meleset. hehe.. Entah apa dia Boxbe ne.. ;-D 
saya dan kawan-kawan yang lain menerima makluman daripada ketua kelas dalam kumpulan Whatsap bahawa ada beberapa orang pelajar sahaja yang menepati syarat tugasan dan berjaya masuk ke dalam peti masuk email prof. Terkejut dan hairan juga waktu itu, ramai kawan-kawan yang lain dapat nasib yang sama. Hilang 10 markah tu. nangis dalam hati.. hwaaaa... tapi tidak mengapa.. Yang penting berusaha dan tetap berusaha sehingga berjaya serta redhaa.. saya yakin, disebalik apa yang terjadi, prof telah banyak mengajar kami menjadi seorang pelajar yang berdisiplin, teliti, fokus, dan banyak lagi. Terima kasih prof...

No comments: