BBM3410/18 : APA ITU FLATLAY?

Assalamualaikum dan haii semua... kembali lagi saya dalam pos pada minggu ini iaitu minggu kelima kuliah. Pada minggu kelima, kami telah bertukar kelas ke dewan zaba. keadaan dewan itu sangat luas dan selesa. Pada kuliah pagi itu, prof telah berkongsi ilmu baru iaitu berkaitan fotografi juga. Dalam perkongsian itu, prof ada menyebut beberapa elemen fotografi iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quarter Flatlay dan Zero Flatlay.

Menurut beliau, Flatlay di ambil dari bahagian atas dan berada pada posisi yang menegak, seimbang pada semua sisi . Gambar Flatlay juga boleh gambar penuh mahupun sekerat. setiap gambar tersebut perlu diambil berlainan produk supaya gambar tersebut tidak membosankan dan menarik. Sebelum mengambil gambar Flatlay tersebut, produk tersebut perlu disusun dengan cantik dan kelihatan unik. kumpulan kami pada masa itu mengambil lima jenis produk iaitu Flatlay barang peribadi, Flatlay alat mekap, Flatlay telefon, Flatlay kad matrik dan flatlay peralatan belajar.

Selain itu, Half Flatlay ialah gambar yang diambil dalam 45 darjah iaitu kebawah sedikit daripada Flatlay tadi. Fotografi jenis Half Flatlay ini, kumpulan kami telah memilih lima jenis produk iaitu Half Flatlay bunga, Half Flatlay buku, Half Flatlay bekas pensil, Half Flatlay penyapu lidi dan Half Flatlay beg. 

Seterusnya, Quarter Flatlay. Fotografi jenis ini diambil separuh daripada Half Flatlay. Lima produk yang telah kumpulan kami pilih ialah Quarter Flatlay kasut, Quarter Flatlay barang kemas, Quarter Flatlay jam tangan, Quarter Flatlay dompet dan Quarter Flatlay buku multimedia.

Disamping itu, Quarter Flatlay. Jenis ini pula diambil di bahagian paling bawah iaitu atas lantai dan telefon berada dalam kedudukan menegak. Produk yang telah kami pilih ialah Quarter Flatlay pokok dahaga air, Quarter Flatlay cincin, Quarter Flatlay helmet, Quarter Flatlay wang ringgit dan Quarter Flatlay cangkul. 

Selesai sesi mengambil gambar, saya bersama ahli kumpulan yang lain memuatnaik gambar-gambar tersebut ke dalam instagram dengan meletakkan kapsyen ringkas yang di ambil daripada buku BOOM with Social Media ( Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim). Kemudian meletakkan hastag yang kelakar.

Dengan itu, selesailah sudah tugasan saya dan ahli kumpulan yang lain.. Dibawah, saya sertakan beberapa gambar proses kami menyiapkan tugasan minggu lima ini.

Disebalik gambar, maka terserlah lah kehebatan kami dalam photoshoot.. hehe

Tudiaa... Zero Flatlay.. Fokus betull.. hehe

Jangan tiru gaya saya duduk, tak sopan langsung.. haha


Tak cukup ruang untuk menyelit... Berdiri pun jadilah... Asalkan dah bagi idea..hehe



No comments: