BBM3410/18 : OH MY PITA!

Assalamualaikum...Hye.. nak dengar cerita tak? cerita saya pada kali ini tentang PITA. Haaa.. apa dia PITA? PITA tu singkatan nama bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir.. Nak ceritanya PITA saya ne dah jadi seperti sahabat karib saya. Dimana saya pergi, dia mesti ada bersama saya. Apa yang saya buat, dia mesti nak buat juga.. hahaha.. kenapa saya cakap macam tu sebab PITA saya sentiasa dalam fikiran saya.. hehe.. sebagai pelajar tahun akhir ne, PITA ne la salah satu tugasan terbesar yang perlu disiapkan sebelum habis belajar. Lagi-lagi saya dapat SV yang memang seorang yang komited, tegas tapi baik dan kelakar. apa yang saya nak cerita disini, PITA saya dibawah pimpinan Prof ne sangat teratur dari sudut jadual perjumpaan bersama beliau. Rangka PITA yang perlu ada dalam menyiapkan tugasan itu pun Prof bagi dengan teratur.. memang sistematik betul.. alhamdulillah.. akhir cerita dari saya, PITA saya perlu dihantar penuh iaitu semua bab minggu depan.. saya punya teruja nak jumpa proif ne Allah jak tahu.. hehe.. sebab saya dah jumpa teori kajian saya. sebelum ini saya leka dengan nama teori yang saya gunakan.. ishh3x.. adakah camtu? biasalah otak saya ne kadang-kadang boleh lupa hal yang baru berlaku tadi. pendek kata, Doakan saya moga dikurniakan kesihatan fizikal dan mental ya.. sama-sama kita doakan.. Aamiin

No comments: