BBM3410 : PAPAN CERITA

Assalamualaikum.. hye semua..


Pos kali ini saya nak kongsikan tentang papan cerita. papan cerita ne maksudnya e-majalah.. pada kuliah yang lepas, prof meminta kami untuk membuat e-majalah.. haa,, tengok! memang padu wei subjek ne.. sebelum ne tak pernah buat e-majalah dan tak reti langsung buat e-majalah. saya dan ahli kumpulan yang lain berbincang untuk membuat e-majalah dengan berbagi tugas bagi menyempurnakan e-majalah dengan cepat. untuk membuat e-majalah tu, prof ada bagi lima helai kertas A4 dan untuk menyiapkan e-majalah tu ada 10 halaman ada maklumat yang berkaitan dengan produk kami.

E-majalah ne mesti ada;

-muka depan
-gambar dan maklumat produk
-penutup

jadi kami pun buat e-majalah dengan memasukkan elemen penting seperti di bawah;

muka depan - ada tajuk : mawar produksi dan gambar produk botol air

muka surat seterusnya / isi - koleksi botol air dan harga serta kelebihan produk

penutup - ada koleksi botol air terbaru, alamat jualan botol air promosi.


pengalaman saya sepanjang buat e-majalah pula memang menyeronokkan. sebabnya e-majalah ne kena ada produk sendiri. kumpulan kami memilih untuk membuat produk botol air. masa tu semua fokus melukis pelbagai jenis botol air dengan memberi kebaikan produk kami dengan meletakkan harga diskaun yang murah-murah..

hasil e-majalah kami memang menarik dan lucu juga.. hehehe.. boleh dikatakan ahli kumpulan saya semua kreatif dan pandai melukis rupanya.. chewahh!


No comments: