BBM3410 : ASAS GRAFIK

Assalamualaikum.. hye semuaa..

lama rasanya tak pos blog nee.. sunyi je kan,,, hehe. maklumlah minggu sebelum ne dan minggu ne memang sibuk dengan kelas, tugasan dan minggu ne baru je habis minggu Viva ( Pembentangan PITA).. Jadi kali ini, saya nak kongsi sedikit tentang asas grafik..

ingat lagi waktu mula-mula hadir kelas multimedia ne, Prof kongsikan ilmunya tentang asas grafik.. Apa yang saya faham asas grafik ne ada lima asas yang perlu pelajar tahu iaitu;

1. Mudah
2. Seimbang
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

Kelima-lima asas grafik tersebut dapat dihurai seperti dibawah;

MUDAH
Asas grafik bagi mudah merupakan asas yang paling mudah untuk dikenal pasti dan difahami maksudnya dalam gambar. sebagai contoh, gambar yang merujuk kepada pemandangan sebuah rumah berada di tepi laut.

SEIMBANG
selain itu, asas grafik bagi seimbang merupakan asas yang memperlihatkan gambar tersebut seimbang dari segi fizikal manusia atau benda yang berada pada tengah-tengah gambar serta sekitar gambar tersebut iaitu atas, tbawah, tepi kanan dan kiri seimbang saiznya. sebagai contoh, gambar manusia dan benda berada di tengah-tengah gambar dan atas bawah, kiri dan kanan bersaiz 1-3cm.

KESESUAIAN
seterusnya, kesesuaian. kesesuaian dalam asas grafik ini bermaksud gambar tersebut sesuai dengan tema atau situasi yang ada dalam gambar. sebagai contoh, gambar seorang nelayan berada di atas kapal laut.

WARNA
disamping itu, warna. warna dalam asas grafik merupakan asas yang paling penting kerana warna mempengaruhi gambar. warna yang sesuai dengan gambar dapat menarik minat orang untuk melihat gambar tersebut. sebagai contoh, bunga mawar atau bunga ros berwarna merah lebih cantik dan menarik.

TEKS
akhir sekali bagi asas grafik ialah teks. Teks juga penting dalam asas grafik bagi memberi maklumat tentang tema gambar dan saiz teks juga mempengaruhi gambar. sebagai contoh teks yang berbentuk slogan dengan gambar yang berkaitan dengan slogan.

itu sahaja daripada saya.. Terima kasih membaca.

No comments: