BBM3410/18 : Kisah Cuti Midsem

Assalamualaikum... Hye semuaa..

Al-kisahnya, cuti midsem selama seminggu ne adalah cuti yang sangat menyedihkan dan menggembirakan bagi saya.. Ehh.. mana satu perasaan saya ne ahh? Hahaha

Saya rasa sedih sebabnya saya tak dapat balik kampung... Tiket penerbangan mahal nak merentasi Sempadan Borneo tu.. Lainlah kalau ada yang belanja kan? Hehe.. Takpa, bukan rezeki balik midsem ne.. Pada kawan-kawan yang dapat balik tu hargai masa cuti kamu bersama keluarga tersayang.. sub sub (Nangis kunun) ๐Ÿ˜‚

Saya rasa gembira pula sebabnya saya dapat bergambar sepuas-puasnya di sekitar UPM ne.. Al-maklumlah kan.. sekarang dah semester akhir, lagi dua bulan duduk sini, banyak lagi tempat-tempat cantik dan menarik di UPM ne saya belum pergi lagi.. Hee (Pujuk hati tak dapat balik Kampung) ๐Ÿ˜‚

Jadi, kisah cuti midsem yang sangat menarik ialah Prof bagi tugasan yang cukup mudah dan menyeronokkan.. ๐ŸŒธ Prof kata dalam masa seminggu ne kena pos 10 gambar yang berkaitan dengan masa cuti dan muatnaik dalam Instagram seperti biasa.. Hastag juga macam biasa hanya tambah #Kampungku

Haaa, dalam hati dengar jak #Kampungku makin sayu hati ๐Ÿ˜ข.. sebabnya sekarang #Kampungku di UPM tanpa keluarga tersayang.. Hm, takpa. Demi tugasan Prof kan ku terokai bumi hijau di UPM ne๐Ÿ˜๐Ÿ’•

Tapi sebelum terlupa, Prof juga ada ingatkan, setiap minggu kena update 3 pos dalam blog, 1 tweet dalam Tweeter dan Instagram macam biasa juga 3 pos dalam seminggu tak termasuk cuti midsem ne.. Ne apa yang saya faham laa.. sebabnya cuti midsem ne Prof dah bagi tugasan 10 gambar kena di muatnaik beserta hastag Kampungku..

Ok. Tu jak kisah cuti midsem yang dapat dikongsikan.. Maaf kalau tak menarik.. Tak menarik di media sosial takpa, asalkan menarik di hati awak๐Ÿคญ cia cia cia ๐Ÿ˜‚

Terima kasih sudi membaca๐ŸŒธ

BBM3410//18 : Sakit Kifarah Dosa

Assalamualaikum dan Hye semuaa...

Hari ne saya kurang sihatlah.. demam selesema.. Nasib hari cuti.. alhamdulillah.. Allah memang tahu tahap kemampuan hambanya kan? saya ne kalau sakit tak terdaya nak bangun.. lagi-lagi jauh dari keluarga, terutamanya mak.. cuti ne ramai kawan-kawan dah balik kampung halaman masing-masing.. makin la rasa sebak.. huhu.. sabar jak laa kan..

Nak tahu kenapa saya tak balik kampung?

Kampung saya kan di Semporna, Sabah.. Jauh bah tu.. hehehe

Tak apalah.. saya kena kuatkan semangat.. lagi dua bulan saya duduk UPM ne.. Perjuangan masih belum selesai lagi.. sebab PITA masih belum dibentangkan lagi.. tugasan masih belum disiapkan lagi.. dan peperiksaan akhir masih menanti lagi.. Jadi, lagi-lagi saya tak berapa sihat ne..

Doa saya "Moga saya diberikan kesembuhan dan diberi semangat serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan di sini"..

Di saat saya berdoa, Allah menggerakkan dan membuka hati saya untuk membaca Al-Quran.. Alhamdulillah.. selepas membaca surah-surah tersebut, saya rasa tenang..

Surah Al-An'am ayat 17

Allah yang beri saya sakit dan Allah jualah yang menyembuhkan..
Alhamdulillah

Surah Al-Baqarah ayat 155-156

Surah yang menuntut hambanya bersabar menghadapi pelbagai ujian..
Salah satunya musibah seperti "SAKIT"

Apa tu Kifarah?

Seperti yang kita semua tahu, Kifarah tu adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya yang datang dalam pelbagai bentuk atau ujian.. Maka dengan itu, harus bersabar..
(Tengah didik hati ne supaya bersabar) hehe.. 

Semoga kesabaran dalam menghadapi ujian (sakit) menjadi kifarah yang bermanfaat buat diri saya dan menjadi tarbiah diri supaya tidak lalai dalam melaksanakan suruhan Allah..

Insya Allah, sedikit perkongsian buat diri dan semua...
Semoga bermanfaat.. Terima kasih setia membaca

BBM3410/18 : Memory at Bali Indonesia

Assalamualaikum.. Hye teman-teman

Kali ini saya nak kongsi sedikit cerita tentang kenangan sepanjang saya berada di Bali Indonesia...
Sepanjang saya belajar di UPM, Serdang ne, ne la kali pertama saya pergi jauh.. Di luar negara lagi tu.. mungkin bagi yang pernah pergi Bali atau mana-mana luar daripada Malaysia ne rasa macam biasa, tapi bagi saya luar biasa. hehe.. Nak dipendek cerita, saya pergi Bali Indonesia ne bersama En Qadry selaku pensyarah yang mengajar subjek Bakti Siswa pada tahun 2016 bersama rakan-rakan yang lain daripada fakulti dan kos yang berbeza. Program Bakti Siswa tu merupakan kelas Kokurikulum berkredit yang wajib saya ambil pada semester tiga pada masa tu. Saya bersama yang lain ke sana selama tiga hari dua malam iaitu bermula 3 Disember sehingga 5 Disember 2016. Haa. lama dah kan? ne nak mengimbas kembali kenangan lama.. Belek-belek album minggu ne keluar pula dah kenangan dua tahun lepas.. Ok tu jak dapat saya ceritaa..

Sekarang,, Saya nak kongsikan beberapa gambar yang mengusik jiwa..cehh.. hehe
Jom tengok gambar-gambar dibawah ne.. Saya tak nak cerita panjang lebar.. Biar gambar yang berbicara...


Logo Lawatan kami ke sana

Selamat sampai ke tanah Bali, Indonesia



Fokus melihat persembahan budaya mereka


Tempat makan yang sedapp

Lawatan sambil belajar dah selesai..
Masa untuk bergambar di Universiti Udayana pulaa..Yeayhh
Selepas Meditasi jiwa jadi tenang.. hehe

Bersama sahabat seperjuangan


Tempat penginapan yang selesa selama 3 hari 2 malam..


Pantai apa tah.. lupaa..heee
cantikk kann?

Rindu keluarga masa ne.. tu jauh termenungg. hehe

Bersama staf pusat Koko







Bakti Siswa dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UPM

Masa untuk pulang ke Malaysia

Inilah kenangan yang tidak dapat saya lupakan meskipun dah berlalu.. Semoga perkongsian kenangan saya di blog menjadi ingatan di hari-hari mendatang.. Apapun, terima kasih sudi tengok!


BBM3410/18 : Video One Shot

Assalamualaikum.. Hye semuaa.. minggu ne saya nak cerita tentang tugasan kali ne..

Buat apa plak??

Minggu ne Prof bagi tugasan yang paling menyeronokkan bagi yang suka menari.. hehe.. masa Prof sebut kena buat Video One Shot , saya sempat tertanya-tanya... apa tu video one shot...video tu nak kena rakam dalam durasi yang singkat ka macam dalam instagram tu dipanggil boomerang.. sekali Prof tunjuk contoh video one shot di depan, ternganga mulut saya dibuatnya.. hahaha.. Mana tak ternganga kalau contoh video tu kena menari bagai.. sempat saya bayangkan saya yang menari dalam video tu. siap tutup muka lagi.. macam tak percaya nanti saya pun kena buat macam tu juga.. hahaha.. apapun Prof cakap kena Redhaa... pasti siap punya!

Apapun mesti semua tahu kan cara nak buat video one shot tu? Yang penting rakam video tu sekali jak.. dan kena ada miming (gerakkan mulut tanpa suara) sambil menari..

Selepas itu, Prof mengarahkan kami untuk memilih tajuk lagu yang tak boleh sama dengan kumpulan lain.. kumpulan saya sebulat suara untuk memilih lagu Syinta Gila (Safiey Ellias)..

Akhir cerita saya.. nantikan video one shot daripada kumpulan sayaa.. hehe

BBM3410/18 : UJIAN YANG MENCABAR

Assalamualaikum.. hyee..

Apa khabar semua? amacam minggu ne? Sihat??

Kali ne saya nak cerita apa yang berlaku pada minggu ne..

Bagi saya minggu ne adalah salah satu minggu yang penuh dengan ujian.. ujian apa tu?
ujian hidup awakkk.. hee (sengih).. minggu ne macam-macam ujian yang saya hadapi... ujian yang sangat mencabar.. sebabnya ujian minggu ne menguji tahap keimanan, ketakwaan dan kesabaran saya... cehh! hehe

Betul la apa yang akak-akak senior cakap sebelum ne, semester akhir ne memang kena sedia dari segi fizikal dan mental.. kena kuat! Yaa kena kuat.. semangat tu kena sentiasa ada.. sebabnya tanpa semangat, memang rebahlah jawabnyaa...

Nak ceritanya minggu ne banyak sangat ujian dan tugasan.. Biasalah kan? lagi seminggu jak lagi nak cuti pertengahan semester.. memang semua tugasan kena la disiapkan minggu ne dan ujian bagi subjek-subjek minor dan bahasa arab.. lepas tu nak siapkan PITA lagi... Maklumlah semester ne jadual saya agak padatlah kalau dibandingkan dengan jadual semester sebelum ne, boleh rehat-rehatkan otak lagi.. hehe.. Tapi semester ne memang mencabar betul.. ujian... ujian.. apapun kena redha kan? Allah tahu saya mampu, kalau tak Allah tak kan bagi ujian hidup yang mencabar semester ne.. Bersangka baik... Allah sayang saya, juga kita semuaa...



Apapun ingat perkataan ne " REDHA"




Hadapi ujian dengan tenang, Allah pasti tambah Sayang...


BBM3410/18 : BUDAK INTROVERT

Assalamualaikum... Hye semuaa

Topik harini tentang Introvert...

Seperti yang semua tahu, introvert ne salah satu sifat yang ada dalam diri seseorang yang tak banyak cakap.. Siapa yang mengenali diri saya pasti kan anggap saya ne seorang yang introvert.. memang introvert pun. Heee

Bagi yang nak tahu apa tu introvert boleh la rujuk link ne

https://www.xtra.com.my/ms/category/lifestyle/posts/kenali-si-introvert-bukan-sombong-tapi/

ok. lepas ne dah boleh kenal dan faham orang introvert ne macam mana ya... jangan kata sombong pula, sebabnya budak introvert ne kena orang yang tegur dulu. tak tegur sampai ke sudah laa jawabnyaa.. Hehe

Apapun hanya yang memahami diri ne yang akan dapat mengenali...

BBM3410/18 : SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum... hyee

Bertemu lagi kita dalam minggu ne iaitu pos yang lebih menarik lagi.. eh apa yang menarik sangat tu?
kuliah minggu ne Prof bagi kami tugasan yang lebih seronok.. Rasa seronok tu hanya mampu digambarkan macam budak-budak dapat duit raya jak.. haha

Maksudnya tugas yang dibagi ne tak la susah sangat pun... hanya cari 10 simpulan bahasa beserta gambar. Gambar tu mestilah daripada setiap ahli dalam kumpulan kami. sebelum tu prof mengingatkan kami supaya 10 simpulan bahasa yang dipilih tu tidak sama dengan kumpulan lain.. Setelah sepakat dengan ahli kumpulan, kami pun pilih simpulan bahasa dibawah ne;

- wang pendahuluan
- celik huruf
- buruk makan
- ulat buku
- puteri lilin
- tahi lalat
- ketawa raja
- suri hati
- pencuci mulut
- bengkok sabut

selesai sesi mengambil gambar aksi lakonan simpulan bahasa tu, gambar tu perlu diletakkan dalam slide pembentangan untuk dibentangkan pada minggu hadapan..


Tu diaaa... salah satu gambar proses yang menarik untuk dikongsikan... hehehe