BBM3410/18 : RINDUNYA KUIH CEMPIANG

Assalamualaikum... Hyee semua... apa khabar? moga sihat-sihat belaka yee...

Tajuk cerita saya pada kali ini adalah tentang kuih kegemaran saya.. Nama kuih tu kuih cempiang... Haaa.. dengar macam pelik kan? hehe.. nama kuih macam ne memang tiada di semenanjung ne. sebabnya kuih ne asalnya daripada Sabah. kalau kamu semua nak tahu, kuih ne wajib ada untuk sarapan pagi saya di rumah. Lagipun kuih cempiang ne merupakan salah satu kuih jualan kami sekeluarga pada waktu pagi di depan rumah. kuih ne memang sedap dan ramai orang-orang Sabah yang suka makan.. kuih ne sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang. Tapi saya makan kuih ne tak kira masa taw.. hahaha xD ... Dah namanya makanan kegemaran kan? memang tak pernah jemu la.. hehe

Baik.. mesti kamu tertanya-tanya kan? macam mana rupa bentuk kuih cempiang dan bagaimana cara buat kuih cempiang? Hehe.. Nak tahu resepinya? Lihat di bawah...



Bahan bahan
Tepung
Garam
Gula
Yis (Pengembang kuih)
Minyak
Air

Bahan Inti:
kicap lemak manis atau kicap masin
serbuk kayu manis atau rempah kari

(Semua bahan bergantung pada sukatan sendiri)





Cara menyediakan dan memasak:

  1. mula-mula campur kesemua adunan dan gaul sehingga adunan menjadi doh dan boleh dibentuk.
  2. Kemudian ambil doh dan ratakan.. selepas itu, campurkan bahan inti dan ratakan guna sudu seperti dalam gambar.
  3. Setelah ratakan, gulung doh tersebut dan potong adunan mengikut saiz kegemaran anda dan gorengla seperti biasa.....


Hasilnya.. tadaaaaaa.....




kalau guna kicap cair macam ne la hasilnya 



Ne plak guna kicap pekat


baik.. tu sahaja cerita yang dapat saya kongsikan. Walaupun tak dapat buat betul-betul dalam alam yang nyata ne, alam maya pun jadilah. hehe.. yang penting terlepas la juga keinginan saya nak makan kuih kegemaran saya ne melalui perkongsian resepi yang tak seberapa ne.. 

Gambar di atas tu sebagai contoh ye.. tu saya ambil daripada blog resepi cempiang.. ok... jumpa lagi pada pos saya akan datang. Nak rasa kuih cempiang saya buat sendiri, boleh DM saya ye.. Semoga bermanfaat..




BBM3410/18 : OH SAKITNYA MIGRAINKU!

Assalamualaikum, Haii.. ini cerita tentang diri saya.. cerita tentang migrain.. sebagai seorang pelajar, mesti semua pelajar pernah merasai sakit kepala sampai ke tahap migrain kan? siapa pernah rasa? sakit kan?

ya... sakit sangat..sakit yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. hanya mampu menahan sakit dan menangis sahaja.. yang pasti masa tu, saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa, tidak boleh hidu apa-apa bau terutamanya jenis bau wangi. selain itu, biji mata bagaikan nak keluar dan kepala seperti ada beban yang sangat berat.. saya mengalami sakit migrain ne sudah lebih kurang dua tahun lebih. memang besar cabaran dia duduk jauh dari keluarga ne terutamanya ibu saya. kalau datang migrain saya, ibu lah orang pertama yang akan risau dan akan urut kepala saya sehingga saya tertidur. Mak urut memang terbaikkk!

ok baikk..Haa.. sebelum itu, saya mahu cerita dulu serba sedikit punca saya sakit migrain.. Mahu tahu tak? hehe.. Baik! sebelum itu saya ne jenis yang suka sangat berfikir. mungkin sebab saya kakak sulung daripada tiga orang adik beradik dan dua orang abang kan? biasanya kakak ne dah macam ibu. semua kena fikir. tapi hal keluarga saya ne peribadi taw.. tidak semua dapat diluahkan dengan kata-kata dan kita hanya mampu tadah tangan dan berdoa.. saya tahu semua orang ada masalah dan tidak akan terlepas dari masalah. Dan salah satu punca saya sakit migrain ialah kuat berfikir.

selain itu, suka minum minuman yang berkafein.. Haaa...topik ne baru sahaja saya bentang dalam kelas Keterampilan Berbahasa Melayu.. masa tu memang muka lesu, suram dan tidak bermaya sebab tahan sakit kepala dan rasa nak muntah. Depan khalayak di hari bertuah tu wajib kena tahan.. kalau tidak hilang markah pembentangan dan penilaian individu..mmm.. baik itu adalah kesan saya mengamalkan minuman kafein yaa... ne mau cerita pengalaman saya pula, tapi sebelum tu, nak tanya mesti semua dah tahu apa itu minuman berkafein kan? salah satu minuman berkafein yang menjadi amalan dan minuman kesukaan saya ialah nescafe 3 in 1 dan teh o.. Haa yang ne adalah salah satu punca saya sakit migrain taw..bukan satu gelas sehari taw, tapi bergelas-gelas dalam sehari.. hehe.. tapi itu dulu laa.. sekarang ada juga la tapi da dapat dikurangkan.. masa mula-mula nak berhenti minum secara mendadak tu memang kepala saya sakit sangat.. cara saya kurangkan sakit kepala tu adalah dengan minum balik minuman berkafein tu.. selepas saya dapat tahu minuman jenis macam tu adalah punca saya mengalami migrain, terus saya berhenti dan telah melalui beberapa proses pemulihan yang sangat teruk.. kesannya, saya jadi tidak fokus untuk belajar di kelas dan perlukan waktu tidur yang mencukupi untuk mengurangkan rasa sakit tu..

itulah sedikit sebanyak cerita saya tentang migrain.. akhir kata, saya mohon doa daripada semua, semoga saya diberi kesembuhan yang sepenuhnya daripada mengalami sakit migrain lagi. Aamiin

Terima Kasih sudi baca...

BBM3410/18 : TUGASAN ATAS TALIAN

Assalamualaikum.. Hai! coretan kali ini adalah pada minggu keempat iaitu kuliah hari isnin pukul 10-12 tengahari  pada tarikh 1 oktober 2018 prof telah memberi tugasan individu di Putrablast. Tugasan tersebut perlu disiapkan dan dihantar melalui email prof pada pukul 2 hingga 3 petang sahaja. Semua pelajar yang mengambil subjek multimedia ini diminta untuk menjawab 2 soalan berikut;

1. Berikan tentang persepsi anda tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM (minima 100 patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)

2. Pilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.


Berdasarkan soalan tersebut, saya telah merujuk buku BOOM untuk mendapatkan maklumat pemahaman yang berkaitan dengan soalan. Kedua-dua soalan tersebut saya telah siapkan dengan baik dan saya pun telah hantar ke email Prof tepat pada masa yang telah ditetapkan. Namun, selepas saya menghantar jawapan ke email prof, saya telah mendapat maklum balas macam ne;


Pada waktu itu, saya sempat berfikir, mungkin ini adalah maklum balas daripada prof selepas berjaya menghantar tugasan. Namun apa yang saya fikirkan meleset. hehe.. Entah apa dia Boxbe ne.. ;-D 
saya dan kawan-kawan yang lain menerima makluman daripada ketua kelas dalam kumpulan Whatsap bahawa ada beberapa orang pelajar sahaja yang menepati syarat tugasan dan berjaya masuk ke dalam peti masuk email prof. Terkejut dan hairan juga waktu itu, ramai kawan-kawan yang lain dapat nasib yang sama. Hilang 10 markah tu. nangis dalam hati.. hwaaaa... tapi tidak mengapa.. Yang penting berusaha dan tetap berusaha sehingga berjaya serta redhaa.. saya yakin, disebalik apa yang terjadi, prof telah banyak mengajar kami menjadi seorang pelajar yang berdisiplin, teliti, fokus, dan banyak lagi. Terima kasih prof...

BBM3410/18 : PESTA MAKANAN TRADISIONAL

Assalamualaikum.. Haii.. Pada minggu ini, saya berasa sangat gembira sebab saya dapat menghadiri Pesta Makanan Tradisi yang diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Sebelum saya ke booth jualan Pesta makanan tradisi itu, saya bersama kawan yang lain diminta untuk menghadiri majlis perasmian di bangunan CALC. Dalam selesai majlis perasmian tersebut, saya bersama ahli kumpulan yang lain mengambil gambar bersama Prof Dr Normaliza yang merupakan Prof yang sangat baik dan sempoi. Pada ketika itu, Prof sangat popular orang putih cakap lah.. hehe, sebab semua pelajar mahu mengambil gambar bersama prof. Pada ketika itu juga, semua pelajar yang mengambil subjek multimedia berpusu-pusu ingin mengambil gambar bersama Prof. Selepas Saya bergambar bersama Prof, saya diminta untuk mengambil bungkusan nasi lemak dan air minuman yang telah disediakan .

Tugasan yang perlu diselesaikan pada hari itu ialah mengambil 10 keping gambar yang berkaitan dengan Pesta Makanan Tradisi Melayu.. selesai mengambil 10 gambar tersebut, saya pun memuat naik ke instagram. Pelbagai jenis makanan dan gambar yang saya telah muatnaik dalam instagram yang diambil di kawasan sekitar booth jualan. nak tengok gambar saya, boleh tekan link dibawah..

https://www.instagram.com/p/BoQUakeAH71/?taken-by=cik_diva

Jangan lupa untuk mengikuti saya di Instagram ya..

Terima kasih...


BBM3410/18 : ASAS GRAFIK


Tajuk kuliah pada minggu pertama adalah tentang Asas Grafik. Asas Grafik ne ada 5 iaitu mudah, seimbang, kesesuaian, warna dan teks. Ilmu tersebut berkaitan dengan membuat grafik yang menarik menggunakan beberapa bahan seperti majalah, mounting board, reben, gunting, puncher, gam stick dan banyak lagi. Bagi menyiapkan tugasan ini, seramai 10 orang ahli yang turut bekerjasama. Nama kumpulan kami ne comel macam orangnya. hehe.. Nama kumpulan kami 'Mawar' . Hasil yang kami dapat pun secantik bunga mawar tau.. hehe.. Nak tahu dapat berapa bintang dari Prof?? Tengok sampai habis yee... hehe

 Tadaaaa......


Gambar proses 

Ne laa asas grafik yang telah kami hasilkan.. Nampak laa gigihnya kumpulan kami susun nombor matrik dan nama ahli kumpulan tu. hehehe



Prof bagi kami 1 bintang... syukur alhamdulillah.. dapat juga bintang daripada prof kesayangan hati ne.. 

Barisan kumpulan saya yang telah bersama-sama menghasilkan tugasan asas grafik.
Terima kasih semua...





BBM3410/18 : SYIOOKKNYAA! PROF PITA SAYA AJAR SUBJEK MULTIMEDIA

Assalamualaikum... Hye.. Pada minggu pertama saya menghadiri kuliah BBM3410 Multimedia, saya berasa sangat gembira kerana bertemu lagi dengan Prof kesayangan hati iaitu Prof  Dr Normaliza Abd Rahim yang juga merupakan Supervisor Projek Ilmiah Tahun Akhir saya. Pada pelajar-pelajar senior UPM semestinya mengenali Prof kan?? Bagi adik-adik junior yang akan ambil subjek Multimedia ne, kebahagiaan bakal kamu rasai.. hehe.. sebab apa? Prof ne nampak jak garang tau.. sekali kenal memang seorang Prof yang lawak dalam ketegasan... Haikkk..macam mana tu?? Tidak apaa.. nanti kenal la sendiri yee.. hehehe..

ok..ok.. nak cerita hari pertama kuliah ne, Prof memperkenalkan diri kepada semua pelajar yang mengambil subjek multimedia dengan wajah yang serius.. setelah itu, Prof memberi arahan kepada semua pelajar yang mengambil subjek ini untuk duduk di bahagian hadapan. Prof juga mengingatkan semua pelajar untuk tidak masuk lewat ketika menghadiri kuliahnya.

Ilmu pertama yang Prof kongsikan pada kuliah hari pertama tu ialah tentang Asas Grafik.. Selepas Prof terangkan asas grafik, Prof meminta kami untuk membuat kumpulan seramai 10 orang ahli dalam 1 kumpulan. Tugasan ini perlu dibuat dengan menggunakan beberapa bahan dan perlu di bawa ke kuliah minggu hadapan.. Akhir kelas, kami membuat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk mengagihkan tugasan membawa bahan yang diperlukan.

Kepada yang ingin mengenali Prof kesayangan beta ne, lihat gambarnya yang comel lagi syantikk ne!


Akhir kata, 'SAYA BANGGA JADI PELAJAR PROF!'

Terima kasih...



BBM3410/18 : IT'S ME ADIBAH



Assalamualaikum... Hye...Salam perkenalan.. 


Nama diberi Adibah binti Abu Rasad. Nama timangan saya di rumah ada banyak. salah satunya Diba, Diva, Divs dan banyak lagi. Saya berasal dari Semporna Sabah. Saya dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth pada 07 Sept 1994. Saya minat warna ungu dan minat bidang masakan. 

Keluargaku:
Saya mempunyai seorang ibu yang bernama Ruiah Mutamad. Ibu telah lama berpisah dengan ayah kandung saya dan Ibu saya sekarang bekerja sendiri untuk menyara hidup kami sekeluarga. Saya mempunyai 6 orang adik beradik dan saya merupakan anak ke 3. Saya merupakan anak sulung perempuan daripada 3 adk beradik saya. saya juga ada 2 orang abang. 

Pengajian:

Pada tahun 2001-2006 saya berada di sekolah rendah di SK Likas Kota Kinabalu, Sabah. Masuk sekolah menengah tingkatan 1 pada tahun 2007, saya sekolah di SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu, Sabah. Kemudian saya berpindah sekolah pada tahun 2008-2012 iaitu tingkatan 2 hingga tingkatan 6 di SMK Bugaya Semporna Sabah. Pada tahun 2015 sehingga kini saya menyambung pengajian di UPM Serdang Selangor.


Wajah kini kian tua dimamah usia