BBM3410/18 : Video One Shot

Assalamualaikum.. Hye semuaa.. minggu ne saya nak cerita tentang tugasan kali ne..

Buat apa plak??

Minggu ne Prof bagi tugasan yang paling menyeronokkan bagi yang suka menari.. hehe.. masa Prof sebut kena buat Video One Shot , saya sempat tertanya-tanya... apa tu video one shot...video tu nak kena rakam dalam durasi yang singkat ka macam dalam instagram tu dipanggil boomerang.. sekali Prof tunjuk contoh video one shot di depan, ternganga mulut saya dibuatnya.. hahaha.. Mana tak ternganga kalau contoh video tu kena menari bagai.. sempat saya bayangkan saya yang menari dalam video tu. siap tutup muka lagi.. macam tak percaya nanti saya pun kena buat macam tu juga.. hahaha.. apapun Prof cakap kena Redhaa... pasti siap punya!

Apapun mesti semua tahu kan cara nak buat video one shot tu? Yang penting rakam video tu sekali jak.. dan kena ada miming (gerakkan mulut tanpa suara) sambil menari..

Selepas itu, Prof mengarahkan kami untuk memilih tajuk lagu yang tak boleh sama dengan kumpulan lain.. kumpulan saya sebulat suara untuk memilih lagu Syinta Gila (Safiey Ellias)..

Akhir cerita saya.. nantikan video one shot daripada kumpulan sayaa.. hehe

BBM3410/18 : UJIAN YANG MENCABAR

Assalamualaikum.. hyee..

Apa khabar semua? amacam minggu ne? Sihat??

Kali ne saya nak cerita apa yang berlaku pada minggu ne..

Bagi saya minggu ne adalah salah satu minggu yang penuh dengan ujian.. ujian apa tu?
ujian hidup awakkk.. hee (sengih).. minggu ne macam-macam ujian yang saya hadapi... ujian yang sangat mencabar.. sebabnya ujian minggu ne menguji tahap keimanan, ketakwaan dan kesabaran saya... cehh! hehe

Betul la apa yang akak-akak senior cakap sebelum ne, semester akhir ne memang kena sedia dari segi fizikal dan mental.. kena kuat! Yaa kena kuat.. semangat tu kena sentiasa ada.. sebabnya tanpa semangat, memang rebahlah jawabnyaa...

Nak ceritanya minggu ne banyak sangat ujian dan tugasan.. Biasalah kan? lagi seminggu jak lagi nak cuti pertengahan semester.. memang semua tugasan kena la disiapkan minggu ne dan ujian bagi subjek-subjek minor dan bahasa arab.. lepas tu nak siapkan PITA lagi... Maklumlah semester ne jadual saya agak padatlah kalau dibandingkan dengan jadual semester sebelum ne, boleh rehat-rehatkan otak lagi.. hehe.. Tapi semester ne memang mencabar betul.. ujian... ujian.. apapun kena redha kan? Allah tahu saya mampu, kalau tak Allah tak kan bagi ujian hidup yang mencabar semester ne.. Bersangka baik... Allah sayang saya, juga kita semuaa...



Apapun ingat perkataan ne " REDHA"




Hadapi ujian dengan tenang, Allah pasti tambah Sayang...


BBM3410/18 : BUDAK INTROVERT

Assalamualaikum... Hye semuaa

Topik harini tentang Introvert...

Seperti yang semua tahu, introvert ne salah satu sifat yang ada dalam diri seseorang yang tak banyak cakap.. Siapa yang mengenali diri saya pasti kan anggap saya ne seorang yang introvert.. memang introvert pun. Heee

Bagi yang nak tahu apa tu introvert boleh la rujuk link ne

https://www.xtra.com.my/ms/category/lifestyle/posts/kenali-si-introvert-bukan-sombong-tapi/

ok. lepas ne dah boleh kenal dan faham orang introvert ne macam mana ya... jangan kata sombong pula, sebabnya budak introvert ne kena orang yang tegur dulu. tak tegur sampai ke sudah laa jawabnyaa.. Hehe

Apapun hanya yang memahami diri ne yang akan dapat mengenali...

BBM3410/18 : SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum... hyee

Bertemu lagi kita dalam minggu ne iaitu pos yang lebih menarik lagi.. eh apa yang menarik sangat tu?
kuliah minggu ne Prof bagi kami tugasan yang lebih seronok.. Rasa seronok tu hanya mampu digambarkan macam budak-budak dapat duit raya jak.. haha

Maksudnya tugas yang dibagi ne tak la susah sangat pun... hanya cari 10 simpulan bahasa beserta gambar. Gambar tu mestilah daripada setiap ahli dalam kumpulan kami. sebelum tu prof mengingatkan kami supaya 10 simpulan bahasa yang dipilih tu tidak sama dengan kumpulan lain.. Setelah sepakat dengan ahli kumpulan, kami pun pilih simpulan bahasa dibawah ne;

- wang pendahuluan
- celik huruf
- buruk makan
- ulat buku
- puteri lilin
- tahi lalat
- ketawa raja
- suri hati
- pencuci mulut
- bengkok sabut

selesai sesi mengambil gambar aksi lakonan simpulan bahasa tu, gambar tu perlu diletakkan dalam slide pembentangan untuk dibentangkan pada minggu hadapan..


Tu diaaa... salah satu gambar proses yang menarik untuk dikongsikan... hehehe

BBM3410/18 : SAGOL! MAKANAN KEGEMARAN SAYA

Assalamualaikum,, hyee semua.. pada kali ini saya nak kongsikan cerita tentang makanan kegemaran saya yang bernama sagol.. Mesti kamu semua dengar pelik kan? hehe.. Sagol ne merupakan makanan tradisi kaum Bajau.. Saya berasal dari Semporna dan terdiri daripada kaum Bajau. Nak tahu lebih lanjut apa itu sagol, boleh rujuk blog ini;

https://silamgemilang.wordpress.com/2009/07/17/sagol-pari-makanan-suku-kaum-bajau-amangan-sagol-t-lara-maka-muntai/


Allahu, lama tak makan makanan kegemaran saya ne... sedap tau.. sagol ne mudah sahaja dimasak.. makan lagi la mudah.. hehehe

sesiapa yang nak rasa makanan tradisi saya ne boleh la jemput saya masak di rumah kamu nanti.. Jom kenali resepi orang bajau, salam silaturrahim dari saya orang semporna !

Sung kita amangan sagol! hehe

Nak tahu maksudnya?? Sila komen di bawah

BBM3410/18 : OH MY PITA!

Assalamualaikum...Hye.. nak dengar cerita tak? cerita saya pada kali ini tentang PITA. Haaa.. apa dia PITA? PITA tu singkatan nama bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir.. Nak ceritanya PITA saya ne dah jadi seperti sahabat karib saya. Dimana saya pergi, dia mesti ada bersama saya. Apa yang saya buat, dia mesti nak buat juga.. hahaha.. kenapa saya cakap macam tu sebab PITA saya sentiasa dalam fikiran saya.. hehe.. sebagai pelajar tahun akhir ne, PITA ne la salah satu tugasan terbesar yang perlu disiapkan sebelum habis belajar. Lagi-lagi saya dapat SV yang memang seorang yang komited, tegas tapi baik dan kelakar. apa yang saya nak cerita disini, PITA saya dibawah pimpinan Prof ne sangat teratur dari sudut jadual perjumpaan bersama beliau. Rangka PITA yang perlu ada dalam menyiapkan tugasan itu pun Prof bagi dengan teratur.. memang sistematik betul.. alhamdulillah.. akhir cerita dari saya, PITA saya perlu dihantar penuh iaitu semua bab minggu depan.. saya punya teruja nak jumpa proif ne Allah jak tahu.. hehe.. sebab saya dah jumpa teori kajian saya. sebelum ini saya leka dengan nama teori yang saya gunakan.. ishh3x.. adakah camtu? biasalah otak saya ne kadang-kadang boleh lupa hal yang baru berlaku tadi. pendek kata, Doakan saya moga dikurniakan kesihatan fizikal dan mental ya.. sama-sama kita doakan.. Aamiin

BBM3410/18 : APA ITU FLATLAY?

Assalamualaikum dan haii semua... kembali lagi saya dalam pos pada minggu ini iaitu minggu kelima kuliah. Pada minggu kelima, kami telah bertukar kelas ke dewan zaba. keadaan dewan itu sangat luas dan selesa. Pada kuliah pagi itu, prof telah berkongsi ilmu baru iaitu berkaitan fotografi juga. Dalam perkongsian itu, prof ada menyebut beberapa elemen fotografi iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quarter Flatlay dan Zero Flatlay.

Menurut beliau, Flatlay di ambil dari bahagian atas dan berada pada posisi yang menegak, seimbang pada semua sisi . Gambar Flatlay juga boleh gambar penuh mahupun sekerat. setiap gambar tersebut perlu diambil berlainan produk supaya gambar tersebut tidak membosankan dan menarik. Sebelum mengambil gambar Flatlay tersebut, produk tersebut perlu disusun dengan cantik dan kelihatan unik. kumpulan kami pada masa itu mengambil lima jenis produk iaitu Flatlay barang peribadi, Flatlay alat mekap, Flatlay telefon, Flatlay kad matrik dan flatlay peralatan belajar.

Selain itu, Half Flatlay ialah gambar yang diambil dalam 45 darjah iaitu kebawah sedikit daripada Flatlay tadi. Fotografi jenis Half Flatlay ini, kumpulan kami telah memilih lima jenis produk iaitu Half Flatlay bunga, Half Flatlay buku, Half Flatlay bekas pensil, Half Flatlay penyapu lidi dan Half Flatlay beg. 

Seterusnya, Quarter Flatlay. Fotografi jenis ini diambil separuh daripada Half Flatlay. Lima produk yang telah kumpulan kami pilih ialah Quarter Flatlay kasut, Quarter Flatlay barang kemas, Quarter Flatlay jam tangan, Quarter Flatlay dompet dan Quarter Flatlay buku multimedia.

Disamping itu, Quarter Flatlay. Jenis ini pula diambil di bahagian paling bawah iaitu atas lantai dan telefon berada dalam kedudukan menegak. Produk yang telah kami pilih ialah Quarter Flatlay pokok dahaga air, Quarter Flatlay cincin, Quarter Flatlay helmet, Quarter Flatlay wang ringgit dan Quarter Flatlay cangkul. 

Selesai sesi mengambil gambar, saya bersama ahli kumpulan yang lain memuatnaik gambar-gambar tersebut ke dalam instagram dengan meletakkan kapsyen ringkas yang di ambil daripada buku BOOM with Social Media ( Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim). Kemudian meletakkan hastag yang kelakar.

Dengan itu, selesailah sudah tugasan saya dan ahli kumpulan yang lain.. Dibawah, saya sertakan beberapa gambar proses kami menyiapkan tugasan minggu lima ini.

Disebalik gambar, maka terserlah lah kehebatan kami dalam photoshoot.. hehe

Tudiaa... Zero Flatlay.. Fokus betull.. hehe

Jangan tiru gaya saya duduk, tak sopan langsung.. haha


Tak cukup ruang untuk menyelit... Berdiri pun jadilah... Asalkan dah bagi idea..hehe