BBM3410/18 : ASAS GRAFIK


Tajuk kuliah pada minggu pertama adalah tentang Asas Grafik. Asas Grafik ne ada 5 iaitu mudah, seimbang, kesesuaian, warna dan teks. Ilmu tersebut berkaitan dengan membuat grafik yang menarik menggunakan beberapa bahan seperti majalah, mounting board, reben, gunting, puncher, gam stick dan banyak lagi. Bagi menyiapkan tugasan ini, seramai 10 orang ahli yang turut bekerjasama. Nama kumpulan kami ne comel macam orangnya. hehe.. Nama kumpulan kami 'Mawar' . Hasil yang kami dapat pun secantik bunga mawar tau.. hehe.. Nak tahu dapat berapa bintang dari Prof?? Tengok sampai habis yee... hehe

 Tadaaaa......


Gambar proses 

Ne laa asas grafik yang telah kami hasilkan.. Nampak laa gigihnya kumpulan kami susun nombor matrik dan nama ahli kumpulan tu. hehehe



Prof bagi kami 1 bintang... syukur alhamdulillah.. dapat juga bintang daripada prof kesayangan hati ne.. 

Barisan kumpulan saya yang telah bersama-sama menghasilkan tugasan asas grafik.
Terima kasih semua...





BBM3410/18 : SYIOOKKNYAA! PROF PITA SAYA AJAR SUBJEK MULTIMEDIA

Assalamualaikum... Hye.. Pada minggu pertama saya menghadiri kuliah BBM3410 Multimedia, saya berasa sangat gembira kerana bertemu lagi dengan Prof kesayangan hati iaitu Prof  Dr Normaliza Abd Rahim yang juga merupakan Supervisor Projek Ilmiah Tahun Akhir saya. Pada pelajar-pelajar senior UPM semestinya mengenali Prof kan?? Bagi adik-adik junior yang akan ambil subjek Multimedia ne, kebahagiaan bakal kamu rasai.. hehe.. sebab apa? Prof ne nampak jak garang tau.. sekali kenal memang seorang Prof yang lawak dalam ketegasan... Haikkk..macam mana tu?? Tidak apaa.. nanti kenal la sendiri yee.. hehehe..

ok..ok.. nak cerita hari pertama kuliah ne, Prof memperkenalkan diri kepada semua pelajar yang mengambil subjek multimedia dengan wajah yang serius.. setelah itu, Prof memberi arahan kepada semua pelajar yang mengambil subjek ini untuk duduk di bahagian hadapan. Prof juga mengingatkan semua pelajar untuk tidak masuk lewat ketika menghadiri kuliahnya.

Ilmu pertama yang Prof kongsikan pada kuliah hari pertama tu ialah tentang Asas Grafik.. Selepas Prof terangkan asas grafik, Prof meminta kami untuk membuat kumpulan seramai 10 orang ahli dalam 1 kumpulan. Tugasan ini perlu dibuat dengan menggunakan beberapa bahan dan perlu di bawa ke kuliah minggu hadapan.. Akhir kelas, kami membuat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk mengagihkan tugasan membawa bahan yang diperlukan.

Kepada yang ingin mengenali Prof kesayangan beta ne, lihat gambarnya yang comel lagi syantikk ne!


Akhir kata, 'SAYA BANGGA JADI PELAJAR PROF!'

Terima kasih...



BBM3410/18 : IT'S ME ADIBAH



Assalamualaikum... Hye...Salam perkenalan.. 


Nama diberi Adibah binti Abu Rasad. Nama timangan saya di rumah ada banyak. salah satunya Diba, Diva, Divs dan banyak lagi. Saya berasal dari Semporna Sabah. Saya dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth pada 07 Sept 1994. Saya minat warna ungu dan minat bidang masakan. 

Keluargaku:
Saya mempunyai seorang ibu yang bernama Ruiah Mutamad. Ibu telah lama berpisah dengan ayah kandung saya dan Ibu saya sekarang bekerja sendiri untuk menyara hidup kami sekeluarga. Saya mempunyai 6 orang adik beradik dan saya merupakan anak ke 3. Saya merupakan anak sulung perempuan daripada 3 adk beradik saya. saya juga ada 2 orang abang. 

Pengajian:

Pada tahun 2001-2006 saya berada di sekolah rendah di SK Likas Kota Kinabalu, Sabah. Masuk sekolah menengah tingkatan 1 pada tahun 2007, saya sekolah di SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu, Sabah. Kemudian saya berpindah sekolah pada tahun 2008-2012 iaitu tingkatan 2 hingga tingkatan 6 di SMK Bugaya Semporna Sabah. Pada tahun 2015 sehingga kini saya menyambung pengajian di UPM Serdang Selangor.


Wajah kini kian tua dimamah usia



Mona Sahabatku

DAMAILAH SAHABATKU MENGHADAP ILAHI

sahabat
di setiap langkahku
di setiap kesulitanku
di setiap masalahku
engkau ada di sisiku
menumpangkan bahumu
memasangkan telingamu
untuk setia mendengar
luahanku

engkau yang bernama Mona
tersemat indah dalam lubuk hatiku
kerna saat aku mengenali dirimu
kebaikan dan keperibadian solehahmu
menjadi panduan amalan hidupku

suka dan duka
cenda dan tawa
cinta dan kasih
tercipta bersama
jalinan ukhuwah tersimpul padu
bersamamu Mona sahabatku.

setiap pembuka ada penutupnya
setiap pertemuan ada perpisahan
yang hadir akan pergi
yang pergi tidak akan kembali
teruji hati dan emosi
saat itu hanya redha dan pasrah
dengan ketentuan-Nya


damailah sahabatku menghadap Ilahi.
















Nukilan Sajak buat sahabat sejati saya. Allah lebih menyayangi dia ;-(

NUKILAN SAJAK

JEJAK GERBANG IMPIAN PENUH DUGAAN

17 September 2015
tarikh menuju gerbang impian
hati gembira berbaur syahdu
tanda hati terharu
atas nikmat Allah yang penuh harapan
untuk aku
menjadi seorang ilmuan dalam
Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan
Linguistik Melayu ku dihadiahkan

Selangkah demi selangkah
ku jejak gerbang impian
penuh cita dan harapan
namun di persimpangan
bertali arus dugaan tiba
menakung sebak air mata
namun tidak pernah pun setitis
gugur berderai di pipiku

200 ringgit Malaysia
terselit kemas dalam tas ibuku
masih segar dalam memoriku
saat itu dugaan mendatang kepadaku
aku tahu di situlah kekuatan
tekad hati azimat di perjalanan dalam
mengejar impian

selangkah demi selangkah
ku jejak impian
pabila langkahku seakan sukar
bagaikan tidak berdaya untuk aku
terus bertahan
namun kasih-Mu
menyedarkan aku tidak pernah sendirian
kerna kekuatanku Allah dan juga keluargaku

sajak ku nukilkan tanda ingatan
air mata berderaian
tanda hati kesayuan
jejak gerbang impian penuh dugaan
akan ku semat
sebagai pembakar semangat

dalam perjuangan mencapai impian untuk masa hadapan.

Nukilan : AdibahAbuRasad 
Upm,Serdang Selangor

Bersama Mak Tercinta, Mak Pembakar Semangat dan Sentiasa bagi Sokongan dan dorongan dengan aku. SAYANG mak kerana Allah SWT  ;-)