JEJAK GERBANG IMPIAN
PENUH DUGAAN
17 September 2015
tarikh menuju gerbang
impian
hati gembira berbaur
syahdu
tanda hati terharu
atas nikmat Allah yang
penuh harapan
untuk aku
menjadi seorang ilmuan
dalam
Ijazah Sarjana Muda
Bahasa dan
Linguistik Melayu ku
dihadiahkan
Selangkah demi selangkah
ku jejak gerbang impian
penuh cita dan harapan
namun di persimpangan
bertali arus dugaan tiba
menakung sebak air mata
namun tidak pernah pun
setitis
gugur berderai di pipiku
200 ringgit Malaysia
terselit kemas dalam tas
ibuku
masih segar dalam
memoriku
saat itu dugaan mendatang
kepadaku
aku tahu di situlah
kekuatan
tekad hati azimat di
perjalanan dalam
mengejar impian
selangkah demi selangkah
ku jejak impian
pabila langkahku seakan
sukar
bagaikan tidak berdaya
untuk aku
terus bertahan
namun kasih-Mu
menyedarkan aku tidak
pernah sendirian
kerna kekuatanku Allah
dan juga keluargaku
sajak ku nukilkan tanda
ingatan
air mata berderaian
tanda hati kesayuan
jejak gerbang impian
penuh dugaan
akan ku semat
sebagai pembakar semangat
dalam perjuangan mencapai
impian untuk masa hadapan.
Nukilan : AdibahAbuRasad
Upm,Serdang Selangor
![]() |
Bersama Mak Tercinta, Mak Pembakar Semangat dan Sentiasa bagi Sokongan dan dorongan dengan aku. SAYANG mak kerana Allah SWT ;-) |
No comments:
Post a Comment